loading...

Thursday 15 February 2018

Kemalangan di air pancut, ibu bapa sila jaga anak anda di tempat awam jangan biarkan mereka mengalami kemalangan seperti ini

Kemalangan di air pancut, ibu bapa sila jaga anak anda di tempat awam jangan biarkan mereka mengalami kemalangan seperti ini
Tidak ada salahnya membawa anak-anak untuk bermandi-manda di tempat awam, bermain air pancut dan biarkan mereka bermain dengan kawan-kawan baru yang mereka jumpa di sana. Tetapi sebagai ibu bapa atau mereka yang lebih tua jangan sesekali terlepas pandang akan apa yang dilakukan mereka di tempat awam kerana bahaya ada di mana-mana!
Malang tidak berbau bagi seorang kanak-kanak perempuan dari Mexico ini apabila dia menjadi mangsa air pancut yang begitu kuat sehingga membuatkan dia mengalami ‘kemalangan’ yang cukup mengejutkan.
Pada awalnya tiada yang tidak kena dengan air pancut itu, semuanya nampak normal seperti biasa.
Melihat akan air pancut seperti itu pasti membuatkan kanak-kanak teruja untuk bermain di situ. Tetapi sebaik sahaja kanak-kanak ini melangkah mendekati sumber air pancut itu, entah bagaimana air pancut itu keluar itu dengan begitu kuat dan terkena akan budak perempuan itu sehingga membuatkannya terpelanting sebelum jatuh.
Mungkin ada yang melihatnya sebagai sesuatu yang melucukan, tetapi kanak-kanak itu pasti mengalami kejutan atau lebih teruk jika kejadian itu boleh meninggalkan trauma buatnya.
Pada awalnya semuanya nampak biasa, air pancut keluar perlahan dan membuatkan kanak-kanak mula menghampiri air pancut itu

No comments:

Post a Comment