loading...

Tuesday, 20 February 2018

“Saya Takkan Biarkan Tarikh Yang Sepatutnya Menjadi Detik Saya Berkahwin, Jadi Sia-sia” – Sufian Suhaimi


Sufian Suhaimi mengesahkan ayah Elfira Loy sudah datang memulangkan cincin dengan penuh adat ke rumah keluarganya di Muar.

“Semuanya selesai penuh adat. Saya hendak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang peduli mengenai kami dan yang mendoakan baik-baik untuk kami,” jelasnya kepada BH Online.
Menurut Sufian lagi, dia sudah tak mahu memanjangkan cerita ini dan menganggap jodohnya dengan Elfira hanyalah setakat ini sahaja.

“Ada pepatah Inggeris menyebut ‘a broken heart creates a masterpiece’. Jadi saya akan cuba kongsi melalui lagu.

“Insya-Allah saya takkan biarkan tarikh 23 atau 24 Mac depan yang sepatutnya menjadi detik saya berkahwin, jadi sia-sia. Kalau semuanya berjalan lancar, saya akan kongsi dengan anda semua,” katanya.
Sumber : BH online

No comments:

Post a Comment