loading...

Monday, 19 February 2018

“This Is Malaysia. Kalau Kau Kaya, Kau Nak Jadi Khinzir Pun Takde Siapa Berani Ambil Tindakan”

Sudah sekian lama wujudnya benteng antara orang kaya dan orang miskin. Orang kaya sentiasa dimenang-menangkan walaupun hakikatnya mereka sebenarnya kalah, manakala orang miskin sering diketepikan sedangkan mereka sebenarnya ada hak yang sepatutnya. Itulah yang sering terjadi di negara kita sehinggakan ianya seolah-olah sudah menjadi kebiasaan.
Kita masih untung kerana masih ada lagi orang yang peka terhadap perkara ini. Seperti Tuan Amir Danau yang telah meluahkan rasa marah dan kesalnya terhadap perkara ini melalui laman Facebook baru-baru ini.
“Ingat macam mana Faizal Tahir dirembat dulu?”
Awal perkongsiannya, dia telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila hal yang kecil diperbesarkan. Seperti dulu heboh kisah Faizal Tahir telah menanggalkan bajunya ketika membuat persembahan, telah dikecam habis-habisan. Hampir tiga tahun Faizal Tahir tidak dibenarkan join dalam apa-apa rancangan TV.

“Tu baru tanggal baju masa persembahan. Nampak lubang pusat yang tak stimkan majoriti perempuan pun”
Kemudian Amir mempersoalkan soal seorang usahawan terkenal yang sedang mencari publisiti. Katanya,
“Buat video tengah mandi, mengaku diri tu perempuan sampai setiap video yang dia up di Facebook pun gila bab* punya lucah. Acah tunjuk darah haid.”
“Siapa je kisah? Siapa nak bidas? Jabatan Agama Islam? Jabatan Agama Islam tak boleh. Sebab depa fokus pada benda lain yang kononnya lebih menjejaskan agama Islam. Tu yang kes Siti Kassim pun depa diam.”

No comments:

Post a Comment