loading...

Monday, 19 February 2018

"Aku Tak Tahu Malam Pertama Orang Lain Macam Mana.. Tapi Aku Dengan Johan Dia Terus Letak Benda Tu Atas...",Ozlin Berani Mati Cerita Malam Pertamanya Dengan Johan Buat Ramai Wanita Tergamam

"Aku Tak Tahu Malam Pertama Orang Lain Macam Mana.. Tapi Aku Dengan Johan Dia Terus Letak Benda Tu Atas...",Ozlin Berani Mati Cerita Malam Pertamanya Dengan Johan Buat Ramai Wanita Tergamam

DI SEBALIK perwatakan lucu pengacara dan penyampai radio ERA fm, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz atau senang dikenali sebagai Johan, ada satu lagi sisi yang mungkin peminat tidak tahu.

Isterinya Rozlinawaty Ismail (Ozlynn) dalam satu gambar Instagram yang dimuat naik baru-baru ini mendedahkan perangai sebenar Johan, berdasarkan pengalamannya pada malam pertama mereka bersama sebagai suami isteri.

Ozlynn tidak pasti sama ada apa yang dilaluinya pada malam pertama itu, turut dialami oleh orang lain.

Namun pastinya, apa yang dilakukan mereka pada malam tersebut, sudah tentunya ‘melahirkan’ satu perasaan yang di luar jangkaan, katanya.

“Aku tidak tahu malam pertama orang lain selepas nikah,” kata Ozlynn memulakan ayat di bahagian kapsyen gambar tersebut.

“Tapi malam pertama aku selepas bernikah, suami membawa Al-Quran di atas katil.”

“Mesti suami aku mahu menguji sama ada aku pandai membaca Al-Quran atau tidak. Dia tidak tahu berapa kali aku sudah berkhatam,” curiga Ozlynn.

Kemudian, apa yang dilakukan Johan membuatkan Ozlynn terdiam.



“Ketika suami membaca Al-Fatihah dalam tulisan Rumi, (aku) terdiam sekejap. Kemudian (dia) menerangkan satu per satu, setiap kali jumpa huruf ‘ba’ dan kenapa huruf berkenaan baris di atas, atau di bawah,” kata Ozlynn, yang memadamkan niat untuk berbangga di hadapan Johan tentang berapa kali dia sudah khatam.

No comments:

Post a Comment