loading...

Monday, 19 February 2018

ASTRAFIRULLAHALAZIM!!!! ‘PATUTLAH AMAR ASYRAF DAH LAMA TAK KELUAR TV!’ – AMAR ASYRAF DEDAH APA SEBENARNYA YG BERLAKU PADA DIRINYA

KUALA LUMPUR: Pelakon, Amar Asyraf, 30, mengakui kecacatan yang dialami akibat disimbah air panas pada wajahnya bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung.  Umpama peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  Begitupun, peminatnya usah perlu risau kerana kecacatan pada bahagian kiri wajah Amar atau nama penuhnya Amar Asyraf Zailudin bukanlah
bersifat kekal.
Sebaliknya  ia  hanya  kekurangan  yang  terpaksa  ditanggung  oleh  karakter  bernama  Indra  lakonannya  dalam  drama  Mungkin,  iaitu  naskhah diangkat daripada novel karya CT Jasmina.
“Saya melakonkan watak Indra iaitu kembar kepada Intan. Parut pada wajah itu ialah kesan daripada insiden disimbah air panas ketika berada di bangku sekolah. Indra terpaksa menanggung malu, hidup dengan kecacatan itu seumur hayatnya. ”
Bukan  mudah  untuk  menjayakan  watak  ini  kerana  kesan  parut  yang  diletakkan  pada  muka  membuatkan  saya  kurang  selesa.  Biarpun  tidak memakan masa yang lama untuk membuat kesan khas itu, namun ia perlu ditambah sekiranya ada bahagian yang terkoyak. ” Malah, saya juga perlu membiasakan diri dengan adanya kesan khas itu pada wajah kerana ia turut mempengaruhi banyak perkara seperti cara percakapan dan makan.
“Saya perlu berlatih bagi memastikan saya tidak kekok ketika berlakon dengan adanya parut pada muka itu,” katanya kepada BH Online.  Pelakon  yang  dikenali  menerusi  drama  bersiri  Setia  Hujung  Nyawa  itu  berkongsi,  telefilem  itu  bakal  ditayangkan  menerusi  saluran  Radio
Televisyen Malaysia (RTM) pada penghujung tahun ini.  Dalam perkembangan terkini, Amar bakal menjayakan pementasan Bangsawan setelah enam tahun menyepikan diri daripada dunia teater.
Beliau yang sebelum ini lebih selesa bergerak di belakang tabir dengan berada di bangku pengarah, namun Amar nyata tertarik dengan tawaran yang diberikan kepadanya.  “Kekok  juga rasanya kembali  berlakon  di  pentas  teater  kerana  sudah  lama  tidak  berbuat  demikian. Seperti  semua sedia  maklum,  berlakon  di hadapan kamera dan teater adalah dua perkara yang berbeza, namun saya pasti akan mencuba yang terbaik,” kata Amar.

No comments:

Post a Comment